Pages

Tuesday 26 November 2013

Pencetus Ummah !

Assalamualaikum ! Lama tak update blog ni.Hmm ada ke yang menanti? haha.. Tak kisahlah,,yang penting sekarang nak update. Masa hari khamis haritu,kat astro oasis,ade rancangan pencetus ummah..Program tu secara amnya nak mencari pendakwah-pendakwah islam yang berkaliber dan kreatif. Bagi aku,benda ni bagus sebab membuatkan para da'ie berfikiran kreatif untuk berdakwah kat org ramai. Kalau meleret je,memang bosanlah kan nak dgr. Jomlah ramai-ramai tengok setiap khamis kat astro oasis. <


* VAKSINASI HPV *


Assalamualaikum wahai sekalian pembaca....

Entri kali ni nak share pasal vaksinasi HPV,,,pasal novel kita lupakan kejap dan teruskan berteka-teki tentang episod seterusnya. Hihihi.

Sebelum apa-apa, saya nak berpantun kejap pasal topik kita ni. Muqaddimahlah kononnnya.

Bermaaf-maafan di Hari Raya,
Sambil memakai baju yang lawa,
Penyakit HPV sangat bahaya,
Tanpa vaksin melaralah jiwa.

Hmm , mesti korang tertanya-tanya apa itu HPV kan. Mungkin ada yang mengadaikan HPV tu singkatan bagi Hari Pemain Violin ke Hari Public Vacation ke dan bla bla bla. Semua tu salah.

HPV ialah singkatan bagi Human Papillova Virus yang merupakan nama bagi satu virus . Virus ni memang serius bahaya dan kalau ikut statistik, ramai dah mati sebab virus ni. Asalnya HPV ni ada 2 jenis. Satu HPV risiko tinggi (yang menyebabkan kanser)  -tipe 16,18,31,33,35,39,45,51,52 dan 58. Yang kedua HPV risiko rendah (tak menyebabkan kanser) - tipe 6,11,40,42,43,44 dan 54.

Kalau korang nak tahu, kanser serviks ni berpotensi terjadi 70%-80% berpunca dari infeksi HPV tipe 16 dan 18. Huhh,,dan paling penting untuk kita tahu,orang yang melakukan hubungan seksual berisiko untuk terinfeksi dengan HPV ni tak kira lelaki atau wanita lagi-lagi yang kuat buat hubungan tu.

Punca berlakunya kanser serviks ni ialah daripada gaya hidup bebas wanita yang bertukar-tukar pasangan untuk buat hubungan intim tu. Tapi kadang-kadang kalau lelaki yang kerap tukar pasangan untuk hubungan intim pun akan effect perempuan untuk menghidap kanser serviks. Selain tu, bahagian alat sulit yang kotor dan mrokok pun antara puncanye jugak. 

Antara penyakit lain yang berpunca dari HPV ni :

  • Ketuat di bahagian kemaluan
  • Ketuat kat tekak
  • Ada masalah pernafasan
  • Kanser kemaluan
So bagi menangani virus HPV ni dari terus merebak dan mengakibatkan penyakit-penyakit ni, vaksinasi lah jalan penyelesaiannya.

Apa tu vaksinasi???

Vaksinasi kalau ikut wikipedia bermaksud pemberian vaksin ke dalam tubuh manusia untuk memberikan kekebalan terhadap sesuatu penyakit. Vaksin tu apa pulak? Haha, vaksin tu ialah sesuatu bahan antigenik , boleh jadi dia ni bakteria lemah  atau organisma yang mati hasil daripada proses sains contohnya peptida (entah tak tahu apa). Vaksin nilah bagi kekebalan kat seseorang daripada terkena virus. Analoginya macam helmet dan kepala orang. Faham kan? Selalunya vaksinasi orang sebut imunisasi.

Vaksinasi HPV ni disyorkan buat masa seseorang tu 11 atau 12 tahun sama ada lelaki atau perempuan. Yang pasti, vaksinasi ni memang selamat ,berkesan dan terbaik juga diyakini mampu melindungi seseorang tu daripada terkena HPV yang boleh buat penyakit kat dia.

Dalam proses vaksinasi HPV ni, tiga tembakan dos akan diberi dalam tempoh masa 6 bulan.
Tiga tembakan dos ni memang penting sangat bagi nak pastikan badan kita di 'protect' daripada virus HPV ni.  Dalam masa umur 11 atau 12 tahun tulah tempoh yang paling sesuai ataupun efektif untuk vaksin HPV ni sebab tindak balas imun lebih baik daripada orang yang dah bertambah usianya.

Bagi perempuan atau wanita, vaksin yang boleh melindungi korang dari virus HPV ni ialah vaksin Gardasil dan Cervarix. So bila dah kena vaksin, insya-Allah kanser serviks dah boleh hindar dah. Vaksin Gardasil jugak boleh lindung korang dari dapat ketuat kat bahagian sulit korang. 

Untuk kaum Adam,vaksin Gardasil dapat melindungi kita daripada HPV ni. Kalau ikut apa yang saya tahu, kanak-kanak berusia 11 atau 12 tahun paling okey untuk kena vaksin,tapi kalau belum kena vaksin lagi, usia 13 hingga 21 tahun pun masih cun jugak. Untuk para gay yang dah buat hubungan terkutuk tu, usia 26 tahun bolehlah ambil vaksin kalau taknak dapat HPV.hehehe.






Tuesday 17 September 2013

Cinta Ramadan - 6

            Suki merenung jam tangannya yang menunjukkan jam 4 petang.Bimbang dia pada Ramadan. Tadi Suki dimaklumkan yang Ramadan minta satu jam pelepasan untuk ke Hari Audit anak buahnya, namun jika diikutkan waktu,sudah 2 jam setengah Ramadan pergi. Hari Audit pun mungkin dah habis. Takkanlah ramai sangat sampai 2 jam setengah. Begitulah desus hati Suki.

              ''Mana si Ramadan ni pergi, dah call banyak kali tapi tak angkat jugak,he made me curious.''kata Suki kepada Zihan, salah seorang kerani syarikat itu. Zihan tertawa melihat reaksi Suki yang bagai cacing kepanasan.

               ''You ni menggelabah sangat pehal?Bos tak marah pun,lagipun dia department lain kan.Entah-entah you ada hati kat dia ni.''usik Zihan pada Suki. Zihan muda lagi,baru berusia 20 tahun dan comel sahaja dari luarannya.



Thursday 18 July 2013

Cinta Ramadan 5

             ''Paksu-paksu,cikgu dah panggil'',ujar Darwin padaku. Aku sangat gementar hari itu. Hari Audit pelajar atau lebih dikenali Hari ibu bapa ''dibasuh'' oleh guru-guru sekolah merupakan antara hari yang aku tak suka sebab banyaknya kritikan akan diterima. Tapi terpaksa jua aku optimis demi masa depan anak-anak buahku,Darwin dan Lutfi.

               Cikgu Fatiha,itulah nama yang terpampang pada lencana nama seorang wanita yang duduk di bahagian meja guru. Luarannya nama ayu dan berkulit sawo matang. Berbaju kurung hijau dan bertudung jingga,senyumannya sentiasa dilirikkan kepada aku dan Darwin.

               ''Assalamualaikum encik Faisal,saya Cikgu Fatiha,guru kelas Darwin dan Lutfi. Apa khabar encik?''Cikgu Fatiha memperkenalkan dirinya dengan nada agak serius namun ada sedikit kemesraan.



Sunday 7 July 2013

Cinta Ramadan - 4


             Dah pukul 9.00 malam dan kelibat Ramadan masih tidak muncul juga. Janji hendak jumpa pukul 8.45, tapi sampai sekarang tak tiba jua. Suki yang mengenakan blaus kuning lengan panjang terus memberi raut muka yang mencuka. Dia tidak suka menunggu sebenarnya, namun demi Ramadan, dia bersabar. Baginya persoalan yang terbuku dalam mindanya perlu dirungkai dengan segera dan orang yang dia yakin mampu menjawabnya hanyalah Ramadan.



Saturday 6 July 2013

Cinta Ramadan - 3



       Besar juga kilang ini. Monolog aku dalam hati. Aku dibawa pusing satu syarikat Sunpower Malaysia Sdn Bhd oleh Suki. Entah mengapa aku begitu yakin yang aku akan seronok bekerja di syarikat  ini. Mungkin memang sifat aku kot yang selalu berfikiran positif.



Cinta Ramadan - 2

        Bagaikan tak percaya akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. huh, lega rasanya. Walaupun bukanlah salah seorang 'deanlist' namun aku berpuas hati kerana segala sasaranku terkena. Lafaz Alhamdulillah sentiasa basah di lidahku ini.

        Suasana majlis konvokesyen di UIA, Gombak sungguh meriah. Aku hadir bersama Mak Cik Lijah, Darwin dan Lutfi. Nadia pula tak dapat hadir kerana dia kini berada di MRSM Mersing.Bangga sungguh aku kerana dikurniakan anak buah yang pintar seperti Nadia. Selepas mendapat 5A dalam UPSR, dia terus ditawarkan kemasukan ke MRSM oleh pihak sekolahnya. Paling menerujakan, segala kos asrama, pihak sekolah yang akan tanggung. Syukur Alhamdulillah. Kini tanggungan yang tinggal hanyalah Darwin dan Lutfi yang kini berusia 11 tahun.