Pages

Friday 5 July 2013

Cinta Ramadan - 1

 
     Sedih. Itulah gambaran perasaan yang sedang dihadapi oleh anak-anak arwah abang Faisal. Setelah kak Raudah meninggal dunia, abang Faisal terpaksa memikul beban menjadi seorang bapa tunggal yang harus membesarkan 3 orang anak mereka. Pernah juga aku menyuruhnya bernikah lagi, namun bagi abang Faisal, kak Raudah tiada pengganti dan dialah yang terakhir dalam hidup abang Faisal.


      10 tahun berlalu, kini giliran abang Faisal pula meninggalkan anak-anaknya. Anak-anaknya masih terlalu kecil untuk ditinggalkan. Abang Faisal menghidapi kanser paru-paru dan selama ini dia merahsiakan daripada aku . Katanya dia tak mahu menyusahkan aku untuk membiayai kos perubatan dan rawatannya yang mencecah ribuan ringgit.

      Kini,tugas menjaga anak-anak abang Faisal menjadi amanah aku. Bagaikan tidak percaya aku menjadi seorang bapa segera. Abang Faisal tiada siapa lagi melainkan aku adik kandungnya. Sebelum abang Faisal menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku telah ditinggalkan sepucuk surat yang ditulis oleh abang Faisal seolah-olah dia telah mengetahui ajalnya akan dijemput Ilahi. Pada surat tersebut, tertera nama aku , Muhammad Ramadan Afiq bin Sanusi.

     Assalamualaikum adikku Adan,

      Tujuan abang menulis surat ini ialah untuk memberitahu Adan keadaan sebenar diri abang. Abang minta maaf sebab selama ini abang merahsiakan penyakit abang daripada Adan. Abang tak mahu pelajaran Adan terganggu. Yelah, sekarang pun Adan berada di semester akhir kan, abang nak Adan capai cita-cita Adan menjadi seorang jurutera. Ingat pesan arwah mak dan abah , jaga maruah keluarga dan jadilah kebanggaan mereka. Jangan jadi macam abang, jadi driver lori je. Tapi abang pasrah, ini takdir hidup abang.

      Sebelum abang tutup mata, abang ada satu permintaan untuk Adan. Tolong jagakan Nadia, Darwin dan Lutfi ya. Abang tak tahu nak mintak tolong siapa lagi melainkan Adan yang satu-satunya adik kepercayaan abang. Abang takde harta nak tinggalkan pada Adan. Maaf kalau anak-anak abang tu membebankan Adan. Abang jugak nak minta maaf kat Adan sebab selama ini abang selalu berhutang dengan Adan. Biasiswa Adan habis kerana abang selalu mintak duit Adan kan? Hanya Allah mampu membalasnya. Semoga anak-anak  dapat berbakti untuk Adan .

Terima kasih adik, abang sayang adik .


     Air mata aku jatuh setitik demi setitik. Tak sangka abang Faisal meninggalkan kami. Aku redha dengan ketentuan-Nya. Yang hidup perlu diteruskan. Usah diratap dan dikenang orang yang dah takde. Aku kasihan melihat anak-anak abang Faisal yang masih kecil ni. Hanya aku kini perlu memberi kasih sayang sepenuhnya pada mereka. Nadia lagi seminggu akan menghadapi UPSR . Mampukah dia memberi sepenuh konsentrasinya pada peperiksaan getir itu? Aku selalu terfikir jika aku berada di tempatnya. Darwin dan Lutfi pula si kembar yang nakal.  Beratnya dugaan-Mu ini tuhan.


___________________________*************___________________________________________

       Jam menunjukkan jam 3.15 pagi dan aku masih belum tidur. Pagi esok merupakan final exam bagi subjek Structural Dynamics. Persediaan masih 30 %. Aku benci subjek tersebut kerana subjek itu subjek membaca dan aku bukanlah pembaca tegar. Carry mark pun rendah. Nak tak nak aku kena juga habiskan bacaan aku ini.

       Tiba-tiba pintu bilik ku diketuk.

''knok,knok''. terkejut aku. Lantas aku buka beserta persoalan di hati siapa yang mengetuknya.

''Eh Nadia, kenapa tak tidur lagi ni? Takut ke ?'' soalku pada Nadia yang mengenakan t-shirt biru kartun Boboiboy.

''Nadia tak boleh tidurla. Asyik teringat ayah je paksu".katanya

"Nadia tak boleh macam ni, dah seminggu kan ayah dah takde. Paksu pun rindu tapi kita kena redha sebab itu semua ketentuan Allah. Ayah Nadia tak tenang tau kalau Nadia asyik ingat ayah je". pujuk aku penuh rasional.

Pada masa yang sama, baru aku ingat yang esok juga Nadia akan menghadapi UPSR. Bimbang aku kalau-kalau dia tak bersedia.

"Lupa paksu,esok kan Nadia ada UPSR. Pergilah tidur. Jangan diingat lagi. Sekarang Paksu nak Nadia fokus pada pelajaran. Kan Nadia nak masuk MRSM. Nadia budak pandai, bagi bangga keluarga kita ok?''. ujarku penuh bersemangat.

       Nadia hanya mendiamkan diri dan terus keluar selepas memelukku. Doaku supaya dia dapat menjawab dengan mudah esok.

        Di samping itu, aku terfikir perancangan untuk hari esok. Apa yang hendak dimasak?Baju sekolah Darwin dan Lutfi dah digosok belum?dan banyak lagi persoalan bermain di mindaku ini. Ulangkaji ku agak terganggu memikirkan semua itu.
     



     


No comments:

Post a Comment