Pages

Tuesday 17 September 2013

Cinta Ramadan - 6

            Suki merenung jam tangannya yang menunjukkan jam 4 petang.Bimbang dia pada Ramadan. Tadi Suki dimaklumkan yang Ramadan minta satu jam pelepasan untuk ke Hari Audit anak buahnya, namun jika diikutkan waktu,sudah 2 jam setengah Ramadan pergi. Hari Audit pun mungkin dah habis. Takkanlah ramai sangat sampai 2 jam setengah. Begitulah desus hati Suki.

              ''Mana si Ramadan ni pergi, dah call banyak kali tapi tak angkat jugak,he made me curious.''kata Suki kepada Zihan, salah seorang kerani syarikat itu. Zihan tertawa melihat reaksi Suki yang bagai cacing kepanasan.

               ''You ni menggelabah sangat pehal?Bos tak marah pun,lagipun dia department lain kan.Entah-entah you ada hati kat dia ni.''usik Zihan pada Suki. Zihan muda lagi,baru berusia 20 tahun dan comel sahaja dari luarannya.