Pages

Tuesday 17 September 2013

Cinta Ramadan - 6

            Suki merenung jam tangannya yang menunjukkan jam 4 petang.Bimbang dia pada Ramadan. Tadi Suki dimaklumkan yang Ramadan minta satu jam pelepasan untuk ke Hari Audit anak buahnya, namun jika diikutkan waktu,sudah 2 jam setengah Ramadan pergi. Hari Audit pun mungkin dah habis. Takkanlah ramai sangat sampai 2 jam setengah. Begitulah desus hati Suki.

              ''Mana si Ramadan ni pergi, dah call banyak kali tapi tak angkat jugak,he made me curious.''kata Suki kepada Zihan, salah seorang kerani syarikat itu. Zihan tertawa melihat reaksi Suki yang bagai cacing kepanasan.

               ''You ni menggelabah sangat pehal?Bos tak marah pun,lagipun dia department lain kan.Entah-entah you ada hati kat dia ni.''usik Zihan pada Suki. Zihan muda lagi,baru berusia 20 tahun dan comel sahaja dari luarannya.


               ''Of course I concern,he is our staff. He also my friend. Mana tak menggelabahnya, dia tak pernah mungkir janji tau. He is not liar. I takut je kalau-kalau dia ada kecemasan ke.At least he must inform me first !'',Suki menjawab penuh semangat. Ternyata dia amat risau terhadap keadaan Ramadan.

                ''Oh ye ke,but i disagree sangat. Why he must inform you, u staff jugak kan. Maybe dia dah inform Encik Suhaimi kot,his boss. Nampak sangat you suka dia. I dah lama perhati. Hehehe.'' Zihan mengusik lagi. Zihan pernah ternampak Suki mencium-cium gambar graduasinya bersama Ramadan ketika waktu lunch. Sejak dari itu, Zihan sudah tahu Suki mencintai Ramadan.

                  Suki terkedu dengan usikan Zihan. Biarlah apa dia nak kata,lebih baik Suki diam sahaja. Zihan memang suka mengusik, dah terbiasa Suki pada perangainya tu.

                 ''I set fire to the rain...'',telefon Suki berdering. Nama yang terpapar ialah Adan. Terus dia menjawab penuh kerakusan.

                 ''Hello, where are you Adan. Tak senang duduk I tunggu you. I risau you tau tak?'',Suki menanyakan soalan terlebih dahulu pada Ramadan dengan terburu-burunya.

                  ''Sorry Suki, I kat hospital ni. My friend accident teruk, so I kena uruskan banyak benda. I dah inform my boss tadi. I call ni pun sebab I nampak you missed call I banyak kali. Handphone I tertinggal kat kereta tadi.",Ramadan menjawab penuh hikmah.

                   ''Ohh, I ingat you yang ada problem. Its ok lah. At least I tenang sikit bila you call I balik. By the way,siapa yang accident tu?I kenal tak."Suki agak lega pada jawapan Ramadan. Siapa tak bimbang pada orang yang disayangi.

                    ''I think you tak kenal sebab I pun baru kenal dia tadi. Nama dia cikgu Fatiha.", Ramadan memberitahu Suki kebenarannya.

                     Suki sedikit cemburu pada kenyataan Ramadan tadi. Ramadan hanya ada seorang kawan wanita dan itu adalah dirinya, Suki. Perasaan yang tenang kembali hangat.

----------------------------------************************************---------------------------------
                 
                   Setelah empat hari ditempatkan hospital, akhirnya Fatiha tersedar daripada koma. Wajah Fatiha kelihatan sangat lemah seperti orang tak makan sebulan. Aku di tepi katil tersenyum melihat keadaan Fatiha. Banyak juga balutan pada badannya namun syukur tiada yang kronik. Hanya luka yang dalam di bahagian siku paling teruk.

                  Fatiha berkerut selepas melihat aku di sisinya. Macam nak marah aku  je aku tengok dia ni.

                  ''Eh awak, apa awak buat kat sini?!Sebab awakla saya excident tau tak?Saya akan saman awak lelaki kurang ajar!''betul-betul marah Fatiha padaku. Boleh dengar satu hospital suara nyaring dia. Cuma aku hairan dengan kenyataannya. Sebab aku?

                 ''Nurse,tolong bawak jantan ni keluar.Tak ingin aku nak menghadap dia ni.Please get out!. or I call the police!''sambungnya lagi. Dalam kondisi yang lemah, tak sangka masih mampu marah orang.Nampak urat-urat tengkuk,rasa nak gelak saja.

                 Tiba-tiba Dr. Syafiq datang ke bilik dan menenangkan Fatiha.
               
                "Encik Ramadan, saya harap encik tak kecil hati dengan dia, mental dia masih belum stabil,nanti bila dia tenang,saya akan call encik balik.Encik boleh keluar sekarang.''bisik Dr Syafiq padaku. Kalau aku jadi doktor pun aku akan bertindak macam itu juga. Sejurus itu, aku keluar dari bilik tersebut dan beredar dari hospital dengan perasaan gembira.

                  Hakikatnya aku tak sedih langsung dimarahi Fatiha. Yang penting dia sedar,itu yang aku mahukan. Alhamdulillah.

                "Sekarang aku buat hal aku, kau buat hal kau Fatiha. Tugas aku dah setel. Alhamdulillah ya tuhan.''monologku dalam hati.          
                     


No comments:

Post a Comment