Pages

Thursday 18 July 2013

Cinta Ramadan 5

             ''Paksu-paksu,cikgu dah panggil'',ujar Darwin padaku. Aku sangat gementar hari itu. Hari Audit pelajar atau lebih dikenali Hari ibu bapa ''dibasuh'' oleh guru-guru sekolah merupakan antara hari yang aku tak suka sebab banyaknya kritikan akan diterima. Tapi terpaksa jua aku optimis demi masa depan anak-anak buahku,Darwin dan Lutfi.

               Cikgu Fatiha,itulah nama yang terpampang pada lencana nama seorang wanita yang duduk di bahagian meja guru. Luarannya nama ayu dan berkulit sawo matang. Berbaju kurung hijau dan bertudung jingga,senyumannya sentiasa dilirikkan kepada aku dan Darwin.

               ''Assalamualaikum encik Faisal,saya Cikgu Fatiha,guru kelas Darwin dan Lutfi. Apa khabar encik?''Cikgu Fatiha memperkenalkan dirinya dengan nada agak serius namun ada sedikit kemesraan.



Sunday 7 July 2013

Cinta Ramadan - 4


             Dah pukul 9.00 malam dan kelibat Ramadan masih tidak muncul juga. Janji hendak jumpa pukul 8.45, tapi sampai sekarang tak tiba jua. Suki yang mengenakan blaus kuning lengan panjang terus memberi raut muka yang mencuka. Dia tidak suka menunggu sebenarnya, namun demi Ramadan, dia bersabar. Baginya persoalan yang terbuku dalam mindanya perlu dirungkai dengan segera dan orang yang dia yakin mampu menjawabnya hanyalah Ramadan.



Saturday 6 July 2013

Cinta Ramadan - 3



       Besar juga kilang ini. Monolog aku dalam hati. Aku dibawa pusing satu syarikat Sunpower Malaysia Sdn Bhd oleh Suki. Entah mengapa aku begitu yakin yang aku akan seronok bekerja di syarikat  ini. Mungkin memang sifat aku kot yang selalu berfikiran positif.



Cinta Ramadan - 2

        Bagaikan tak percaya akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. huh, lega rasanya. Walaupun bukanlah salah seorang 'deanlist' namun aku berpuas hati kerana segala sasaranku terkena. Lafaz Alhamdulillah sentiasa basah di lidahku ini.

        Suasana majlis konvokesyen di UIA, Gombak sungguh meriah. Aku hadir bersama Mak Cik Lijah, Darwin dan Lutfi. Nadia pula tak dapat hadir kerana dia kini berada di MRSM Mersing.Bangga sungguh aku kerana dikurniakan anak buah yang pintar seperti Nadia. Selepas mendapat 5A dalam UPSR, dia terus ditawarkan kemasukan ke MRSM oleh pihak sekolahnya. Paling menerujakan, segala kos asrama, pihak sekolah yang akan tanggung. Syukur Alhamdulillah. Kini tanggungan yang tinggal hanyalah Darwin dan Lutfi yang kini berusia 11 tahun.



Friday 5 July 2013

Kelebihan Bulan Ramadan

  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)


Cinta Ramadan - 1

 
     Sedih. Itulah gambaran perasaan yang sedang dihadapi oleh anak-anak arwah abang Faisal. Setelah kak Raudah meninggal dunia, abang Faisal terpaksa memikul beban menjadi seorang bapa tunggal yang harus membesarkan 3 orang anak mereka. Pernah juga aku menyuruhnya bernikah lagi, namun bagi abang Faisal, kak Raudah tiada pengganti dan dialah yang terakhir dalam hidup abang Faisal.