Pages

Sunday 7 July 2013

Cinta Ramadan - 4


             Dah pukul 9.00 malam dan kelibat Ramadan masih tidak muncul juga. Janji hendak jumpa pukul 8.45, tapi sampai sekarang tak tiba jua. Suki yang mengenakan blaus kuning lengan panjang terus memberi raut muka yang mencuka. Dia tidak suka menunggu sebenarnya, namun demi Ramadan, dia bersabar. Baginya persoalan yang terbuku dalam mindanya perlu dirungkai dengan segera dan orang yang dia yakin mampu menjawabnya hanyalah Ramadan.


             "Sorry Suki, I know I'm late, don't mad with me please. Senyumlah sikit. Buruk muka U bila masam. I tadi solat kat masjid and U know what? Imam tu baca satu surah Al-baqarah ! " kata aku pada Suki memberitahunya alasanku lewat.

             Suki mengerutkan muka. Suki tidak faham apa yang dikatakan aku mungkin. Aku tersenyum sahaja dan mataku melihat sekeliling. Kolam air pancut di Taman Anggerik sememangnya tempat yang tepat untuk dijadikan lokasi perbincangan.

             "U tak faham ea apa I cakap? I ingat U tau sebab tu I dengan selamba cakap tadi. Erm, apa yang U nak tanya I sebenanrnya ni?" soalku terus. Aku tak mahu mengambil masa yang lama sebenarnya,yelah esok perlu kerja. Suki lainlah, dia anak majikan, boleh buat sesuka hati buat di syarikat.

             "Actually Adan, I nak tanya pasal agama U. Kenapa agama U percaya pada hari kiamat? Bukan nampak pun? Maybe just imaginasi je? Sorry just saying?"soal Suki dengan bersalah padaku. Terdiam aku sebentar menyusun ayat untuk dipertuturkan.

             "Oh, that is simple. I want to ask U, U percaya tak yang kat badan U tu ada jantung, hati and other organs?", aku menyoalnya kembali. Suki menganggukkan kepala sambil matanya tertumpu pada mataku.

              "Macam mana U percaya organ-organ ni wujud sedangkan U tak nampak?Hah camne tu?" kataku pada Suki penuh psiko. Muka Suki klihatan merah sedikit. Suki akur pada hujahku.

             "Hehe, macam tu juga Hari Kiamat, kita tak nampak tapi kita percaya akan berlaku juga hari kiamat. Hari kiamat ni rahsia. Takde siapa yang tahu, hanya tanda-tandanya sahaja sebagai peringatan buat kita manusia ni" terangku lagi.

            Suki kelihatan berminat untuk aku meneruskan hujah-hujah aku lagi. Banyak juga soalan ditanyanya pada aku. Tapi bagi aku, apa salahnya memperkenalkan agama suci yang aku anuti ini pada orang lain. Soalan yang Suki ajukan banyak kepada cabang fiqh dan ibadah. Semoga hatinya terbuka menjadi saudara baru .

             "Thanks sesangat Adan, I'm very appreciate your answers. Maaf kacau U malam-malam buta ni. How about your twin nephews? Siapa jaga?" tanya Suki.

             "Haha dah sejam jumpa baru sekarang U nak tanya pasal my nephew? Mak Cik Lijah jaga diorang. It's ok Suki, if there is any question, just ask me tau, Insya-Allah I will answer it if I can lah. Hehe".aku gelak kecil menghabiskan kata-kataku.

            Sejurus itu, masing-masing pulang ke rumah. Aku rasa gembira kerana setiap persoalan yang ditanya Suki,mampu kujawab. Namun aku akui, ilmu aku masih sedikit seperti sebutir pasir dan satu lautan.  Tanpa kusedari, Suki banyak membuatku rajin membaca bahan ilmiah berkaitan Islam. Alhamdulillah.

------------------------------***************************-------------------------------------------------

             Suki merenung ke luar jendela pada malam itu. Dia tak tahu mengapa hatinya begitu girang bila bersama Ramadan. Sejak awal perkenalan lagi di UIA . Tak pernah dia merasai perasaan sebegini pada lelaki lain.

            "Wo ai nyi, Adan " monolog Suki dalam hatinya. Suki menari-nari gembira di bilik seorang diri membayangkan dia sedang menari bersama Adan. Lagu Sway nyanyian Micheal Bubble di radio merancakkan lagi tariannya. Suki sememangnya sedang mabuk cinta.

            "Suki, why you're so happy? I never see you happy like this. Tell me, my daughter", Puan Swee Lan menegur anaknya tiba-tiba. Tidak sedar Suki bila mamanya itu masuk. Namun dia tidak kisah kerana mamanya itulah insan paling memahaminya

             "Mama ! Why don't U knock my door first? Shame me..haha" Suki  membalas .

             "I thought you're in love, right?I'm your mother, I can feel that" Puan Swee Lan memberitahu firasatnya itu. Wajah Suki sememangnya mewarisi kecantikan mamanya. Sungguh cantik dan putih.

             "Hehe, yes mama, I'm in love but i'm afraid to tell him. He is a nice guy, mama. He is my taste and quite handsome. Haha", Suki bercerita pada mamanya dengan gembira.

              Puan Swee Lan terus memeluk anak gadisnya itu. Tak lama lagi Suki akan menjadi milik orang, pasti tak dapat berpelukan semesra itu lagi. Puan Swee Lan sangat gembira akhirnya anaknya itu bertemu kekasih hati juga. Risau juga dia kerana anaknya itu tak pernah melayan lelaki langsung walaupun dengan sepupu sendiri, Andrew yang  sangat meminatinya.

              "Who is that guy? When he wants to meet us. I'm very excited dear," ujar Puan Swee Lan sambil menggerakkan sikunya ke perut Suki.

              "Adan , he is working in Papa's company . U should know him, mama. But .... " Suki tidak mennghabiskan kata-katanya.

              "But what? Don't make me nervous honey ! " Puan Swee Lan sedikit bingung

               "He is a muslim, Mama ". jawab Suki perlahan

                Puan Swee Lan tersentak pada kata-kata satu-satunya anak perempuannya itu. Suki cuba memujuk mamanya itu dengan mengusap belakang badan mamanya. Bagi Suki, tak salah untuk mencintai insan yang berlainan agama. Puan Swee Lan menepis usapan Suki lalu terus keluar dari bilik Suki. Terdengar esakan air mata mamanya itu. Senyuman kini bertukar menjadi kusam.

                "I can't stop loving Adan , Mama . He brings me to Islam. "hati Suki berkata-kata.


             

           


           


No comments:

Post a Comment