Pages

Saturday 6 July 2013

Cinta Ramadan - 3



       Besar juga kilang ini. Monolog aku dalam hati. Aku dibawa pusing satu syarikat Sunpower Malaysia Sdn Bhd oleh Suki. Entah mengapa aku begitu yakin yang aku akan seronok bekerja di syarikat  ini. Mungkin memang sifat aku kot yang selalu berfikiran positif.


       "Once again, I want to wish U all the best for your job. I'm very glad we have to corporate again Adan.Tak sangka kita kerja satu company." ucap Suki penuh gembira. Terserlah kecomelan wajahnya apabila dia mengukir senyum.

       "Tulah,memang tak sangka kan. Tak tahu pulak ni company papa U."balas aku selamba.

        Syarikat Sunpower memang antara salah satu syarikat yang terkenal di Melaka. Secara faktanya, menjadi impian setiap warga Melaka untuk bekerja di bawah syarikat pimpinan Datuk Tan. Gaji tinggi, kemudahan selesa dan bertaraf antarabangsa.

       "Oklah, I ada kerja ni. Kalau ada apa-apa just call my phone number ok? But i'm pretty sure that U will be fine until the end of the day.hehe".kata-kata terakhir Suki sebelum dia melangkah ke pejabat. Aku hanya mengangguk dan membalas senyuman yang terbina dari hatiku sendiri.

       Sememangnya Suki memberi aku inspirasi dan semangat untuk bekerja di sini. Sekurang-kurangnya ada juga kenalan daripada tiada. Suki memegang jawatan sebagai pegawai eksekutif syarikat. Bidang kami berbeza, dia di bahagian pengurusan manakala aku di bahagian mekanikal.

        ''Adan, lunch time. Lets go for lunch man.''Suki menegurku yang sedang peka mengendalikan mesin solar. Terkejut aku apabila dia menyentuh bahuku.Terus aku menepis perlahan.

         ''Astaghfirullahalazim, eh U ni Suki. Terperanjat I tau tak.Kalau I mati macam mana?ish U ni. Syarikat ni bukan ada insurans nyawa pun"ujarku seolah-olah memarahi perbuatan Suki. Hakikatnya,aku hanya mahu bergurau.

        "Amboi garangnya abang Ramadan kita ni. Takkan datang bulan kot. Haha. Sorry Adan, I just nak ajak U lunch. I nak bawak U makan kat restoran favourite I. Mesti U suka". pandai Suki mengawal lakonan kemarahanku.

          Belum sempat aku berkata apa-apa. Suki terus menerjah.
       
         "Jangan bimbang, makanannya halal ok. Hah Lam Alif Lam, halal. haha".

          Tergelak aku mendengar Suki mengeja jawi. Suki memang cepat belajar. Baru sahaja ambil kelas jawi bulan lalu, tapi dia sudah  begitu fasih menyebutnya walaupun sedikit pelat. Sejurus itu, kami pun pergi ke restoran pilihan Suki. Restoran Madihah Delima, itulah nama restoran yang kami pergi. Suasana agak bersih dan aromanya memang mengundang selera.

           "Wow sedapnya makanan ni. This is the best nasi ayam kukus ever. Fuhh sedap sangat"puji aku bersungguh-sungguh . Suki hanya memerhatikan aku sahaja. Kadang tersenyum kadang hairan melihat gelagatku.

          "Thanks temankan I. I pun takde kawan sebenarnya kat office. I know U suka sangat makan nasi ayam kukus. Sejak dari di Uia lagi I perhati. I pun suka. Rasa macam nak belajar masak saja". ujar Suki.

          "Bagus jugak U masak, boleh bagi I rasa. Then masak hari-hari, tak payah beli luar lagi.Hihi", aku cuba berlawak. Suki ketawa kecil. Terkejut juga aku bila Suki tahu makanan kegemaran aku.

           "Adan,boleh tak I nak jumpa U malam esok? I ada hal nak tanya. Tak boleh tanya sekarang because I need to understand it clearly".Suki menukar topik perbualan. Aku tahu apa motif pertemuan tersebut.

           "Mesti nak tanya pasal Islam kan? Insya-Allah I will help U.",balas aku dan Suki mengangguk tanda membenarkan kata-kataku.

----------------------------------**********************----------------------------------------------------

           Nadia termenung di kaki lima mengenangkan kisah peritnya di asrama. Difikirkan kehidupannya di asrama penuh bakal membuka satu lembaran hidup yang positif  , namun segalanya ternyata salah . Hati Nadia menjerit-jerit mahu berhenti belajar. Dia sudah tak tahan lagi dibuli kakak-kakak seniornya . 'Asramaku Nerakaku' itulah frasa dan prinsip pegangan Nadia.

          "Apa salah aku, kenapa aku yang diorang buli? Teruk ke aku? Setahu aku, aku tak pernah melawan senior." Nadia meluahkan perasaannya pada Nurin, sahabat baiknya.

         "Dahlah Nadia, nanti kita buat aduan guru disiplin. Dah melampau diorang ni. Sekarang kita masuk dorm jom,dah pukul 11.56 dah, kau tak sejuk ke malam-malam ni?'' Nurin memujuk Nadia.

         Ikutkan hati, memang sudah lama Nadia ingin membuat aduan kes buli ni pada Cikgu Zaidi,guru disiplin MRSM Mersing. Namun bila difikir balik, kasihan pula mengenangkan mereka akan menduduki peperiksaan SPM akhir tahun ini. Nadia tak mahu impian mereka hancur kerana dia. Sungguh mulia hati Nadia memikirkan perasaan dan nasib orang lain.

        ''Oh kat sini rupanya kau pompuan. Aku suruh buat maggi dah buat belum?! Lepak je kerja kau ni kan. Yang kau ni Nurin,pehal nak temankan budak ni. Nak kena jugak?!" kak Izzah begitu marah dengan mereka. Nurin terus masuk ke dalam dorm kerana takut dibuli kak Izzah manakala Nadia tunduk membisu seolah-olah hamba yang taat pada tuannya.

        "Sekali lagi aku nampak kau lepak kat luar, aku tak teragak-agak nak lempang kau lagi. Faham?!".lantang kak Izzah berbicara.

          Nadia bersyukur kerana hanya kak Izzah yang memarahinya pada malam itu. Selalunya kak Izzah akan ditemani dua lagi sahabatnya iaitu Suhaila dan Adira. Bagi Nadia, kak Adira dan kak Suhaila adalah pembulinya yang paling ganas sekali. Masih teringat lagi bulan lalu, mereka berdua menghumbankan stokin ke dalam mulutnya. Hanya Allah yang mengetahui betapa seksanya diri Nadia menghadapi liku-liku derita ini.

             Terfikir juga Nadia, mana perginya pengawas- pengawas sekolah? Mengapa insan yang ditindas sepertinya masih dibiarkan. Apa guna berpangkat , andai amanah terus diendah. Nadia hanya mampu berdoa agar suatu saat nanti kak Izzah, kak Adira dan kak Suhaila akan berubah dan bertaubat. Nadia sudah tak sanggup dipukul,ditendang dan diseksa oleh mereka sepanjang 5 bulan di asrama penuh tersebut.

             "Kembang sangat maggi ni, kau saje je kan nak kenakan kitorang!'' kak Adira memarahi Nadia. Nadia bersabar dan hanya mampu membisu. Dia sudah lali pada gertakan mereka bertiga. Dengan tanpa rasional, maggi tersebut dicampak di wajah Nadia. Nasib baik maggi goreng, kalau maggi kari, mahu melecur wajahnya si Nadia.

               Begitulah kehidupan seharian Nadia. Hari-hari diseksa. Hari-hari dibuli. Jauh di sudut hati Nadia, dia sangat merindui Paksunya dan adik kembarnya itu.


           



       


No comments:

Post a Comment