Pages

Thursday 18 July 2013

Cinta Ramadan 5

             ''Paksu-paksu,cikgu dah panggil'',ujar Darwin padaku. Aku sangat gementar hari itu. Hari Audit pelajar atau lebih dikenali Hari ibu bapa ''dibasuh'' oleh guru-guru sekolah merupakan antara hari yang aku tak suka sebab banyaknya kritikan akan diterima. Tapi terpaksa jua aku optimis demi masa depan anak-anak buahku,Darwin dan Lutfi.

               Cikgu Fatiha,itulah nama yang terpampang pada lencana nama seorang wanita yang duduk di bahagian meja guru. Luarannya nama ayu dan berkulit sawo matang. Berbaju kurung hijau dan bertudung jingga,senyumannya sentiasa dilirikkan kepada aku dan Darwin.

               ''Assalamualaikum encik Faisal,saya Cikgu Fatiha,guru kelas Darwin dan Lutfi. Apa khabar encik?''Cikgu Fatiha memperkenalkan dirinya dengan nada agak serius namun ada sedikit kemesraan.


               ''Maaf cikgu, saya bukan Encik Faisal, saya Ramadan, bapa saudara kepada Darwin dan Lutfi'',aku membetulkan kesilapannya.

                ''Ohh ye ke,saya minta maaf encik Ramadan,saya terlupa Encik Faisal dah meninggal tahun lepas,astaghfirullah...hah,nak tanya ni,mana Lutfi?Kenapa Darwin seorang sahaja?''Cikgu Fatiha bertanya padaku. Wajahnya agak kemerahan sedikit. Mungkin malu padaku tadi.

                ''Darwin saja dapat datang. Lutfi gastrik, ada dengan makciknya. So saya nak cepat ni, boleh tak cikgu terus pada laporan cikgu tentang anak buah saya ni''tegasku padanya.

                ''Baiklah,begini Encik Ramadan,anak buah encik ni memang antara student saya yang lemah dalam semua subjek terutama subjek pelajaran saya,Matematik. Markah peperiksaan matematiknya baru-baru ni cuma 43% sahaja. Begitu juga dengan Lutfi, 48%. Rata-rata kesemua pelajar dapat capai gred yang baik melainkan anak-anak buah encik sahaja. Saya sarankan mereka dihantar tusyen pada waktu lapang mereka. Tahun depan dah nak UPSR dah kan, saya bimbang mereka tak dapat catch-up balik.",panjang lebar Cikgu Fatiha menerangkan padaku.

               Terkejut aku melihat buku laporan akademik Darwin. Dia mendapat nombor 35 daripada 36 pelajar kelasnya. Sedihnya hati ini. Lebih sedih lagi, Lutfi adalah pelajar yang mendapat nombor 36 itu.

                ''Dalam hal ini,saya memang salahkan encik 100% kerana gagal mendidik anak-anak buah encik ni. Encik mungkin tak pantau mereka ni. Tolonglah encik do something. Jangan jatuhkan nama baik sekolah ni''terpaku aku dengan kata-kata selamba Cikgu Fatiha. Tadi nampak sopan, sekarang lain pula. Betullah pepatah Inggeris, ''Don't judge a book by its cover''.

               "Amboi cikgu ni, saya pula disalahkan ea. Kenapa cikgu nak salahkan saya 100%?Bukankah ini juga menjadi tanggungjawab cikgu jugak? Sebab tu saya hantar diorang pergi sekolah, saya nak diorang jadi pandai dan dipandaikan oleh cikgu-cikgu yang dah graduate dari institusi perguruan. Hari-hari saya pantau diorang cikgu, cikgu tahu ke?'' bidasku penuh ketegasan. Pantang betul aku dipersalahkan begitu saja.

               Cikgu Fatiha agak terkaku sementara mendengar bidasanku tadi. Suka aku lihat wajahnya yang agak sombong tadi menjadi ketat. ''Hahahaha'',monolog hatiku.

               ''Untuk pengetahuan cikgu, Darwin dan Lutfi selalu cakap cikgunya tak reti ajar dan macam tangkap muat saja. Saya pun rasa macam tu. Cikgu hanya nak habiskan silibus tanpa memikirkan kefahaman anak-anak murid. Patutlah subjek matematik takde yang dapat A. Gred yang baik pun hanya B kan , cikgu?'' puas aku memerli Cikgu Fatiha. Aku bercakap berdasarkan fakta yang diberitahu oleh ibu kepada seorang pelajar yang duduk di sebelahku tadi sebelum aku dipanggil.

 ---------------------------------************************--------------------------------------------------

                Fatiha memandu kereta penuh kemarahan. Ternyata dia tak puas hati pada Ramadan. Kebiasaannya, ibu bapa yang 'dibasuh' olehnya tapi buat pertama kali, dirinya dikritik hebat oleh seorang lelaki. Hatinya bagai dikerat 14.

                Timbul juga perasaan untuk membalas dendam namun Fatiha yakin itu semua bukan penyelesaiannya. Etika seorang guru perlu dijaga. Lgi-lagi Sekolah Kebangsaan Bandar Melaka merupakan sekolah terbaik di negeri Melaka.

               Sedang asyik memandu,tiba-tiba kereta Proton Wira yang dipandunya berasap dibahagian enjin. Stereng yang dikawalnya seolah-olah mengawal sendiri. Fatiha buntu, perasaan cemas mula menguasai diri.

                ''Ya Allah ,selamatkanlah aku. Allah, Allah...!.'',Fatiha cemas.

                  Brek kaki tak berfungsi, tanpa memikrkan apa-apa,terus dia mematikan enjin kereta dalam keadaan panik. Keretanya terbabas, terlanggar sebuah pokok besar.Hampir-hampir dia terlanggar motosikal di sebelahnya. Fatiha tidak sedarkan diri, kepala berdarah dan lebam mukanya.

               



No comments:

Post a Comment