Pages

Saturday 6 July 2013

Cinta Ramadan - 2

        Bagaikan tak percaya akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. huh, lega rasanya. Walaupun bukanlah salah seorang 'deanlist' namun aku berpuas hati kerana segala sasaranku terkena. Lafaz Alhamdulillah sentiasa basah di lidahku ini.

        Suasana majlis konvokesyen di UIA, Gombak sungguh meriah. Aku hadir bersama Mak Cik Lijah, Darwin dan Lutfi. Nadia pula tak dapat hadir kerana dia kini berada di MRSM Mersing.Bangga sungguh aku kerana dikurniakan anak buah yang pintar seperti Nadia. Selepas mendapat 5A dalam UPSR, dia terus ditawarkan kemasukan ke MRSM oleh pihak sekolahnya. Paling menerujakan, segala kos asrama, pihak sekolah yang akan tanggung. Syukur Alhamdulillah. Kini tanggungan yang tinggal hanyalah Darwin dan Lutfi yang kini berusia 11 tahun.


       ''Segaknya kamu Adan, mesti ramai wanita cair tengok kamu ni,hehe",usik Mak Cik Lijah. Mak Cik Lijah merupakan jiran yang paling mesra dan baik hati terhadap kami sekeluarga. Insan yang paling mengambil berat terhadap kebajikan kami sekeluarga selepas kematian abang Faisal.

        ''Ada-ada je Mak Cik Lijah ni, biasa je orang ni, takde orang pun nak. Kite nak kat orang pun, orang yang reject kita tau tak",seloroh aku dengan sedikit senyuman.

        ''Ala kamu ni,malu-malu pulak. Mak Cik Lijah nengok ade sorang perempuan ni perhatikan kamu je dari tadi. Hehe,dia suka kamu kot",sekali lagi Mak Lijah mengusik aku.

         Reaksi wajahku agak berkerut setelah mendengar usikan Mak Cik Lijah. Mak Cik Lijah menggerakkan matanya ke kiri sebagai satu metod menunjukkan ke arah perempuan yang memerhatikan aku. Aku tersenyum.

         ''Oh Suki, dia kawan sayalah mak cik. Kitorang kenal masa 'gathering' anak Melaka. Takde ape-ape pun mak cik. Lagipun dia orang Cina",jawabku menepis usikan Mak Cik Lijah.

         Suki memang gadis yang cantik. Dia pelajar ''Business and Administration'' dan merupakan anak orang berada, pakaian semua berjenama. Cemburu aku. Dia kelihatan sangat cantik  hari ini berpakaian baju kurung berwarna merah jambu.

           ''Hai Adan, congratulation ya ! Happy to see you again", Suki menegurku tanpa kusedari.

           Aku tersenyum tersipu malu. Jantungku berdegup kencang. Speechless. Merah mukaku yang putih ini.

           ''Adan, mak cik nak bawak Darwin dan Lutfi beli ais krim kejap. Korang berbuallah dulu.Bye". Mak Cik Lijah sengaja meninggalkan kami berdua. Nakal juga mak cik ni.

           Aku terus menyambung perbualan bersama Suki setelah lihat Mak Cik Lijah dan anak buah kembarku beransur pergi.

           "Oh thanks Suki. You too. You're better than me. You're dean's list,shame with myself ,Hehe"

          ''No lah, we are same jer semua. Mungkin I rajin sikit. I tak nampak muka U kat library masa final hari tu. Risau jugak I kalau U tak study sebab yelah U kan selalu pergi library during nak exam.U pergi mana masa tu?", ujar Suki dengan pelat.

           ''Actually masa tu my brother meninggal dunia, so that tak dapat nak fokus pergi library, I know U miss me kan? Hahaha." Aku cuba membuat lawak bagi menutup kesedihan yang kurasai.

            Kami terus berborak panjang,mengambil gambar dan berpusing-pusing sekitar majlis konvokesyen tersebut. Aku kagum dengan sikap Suki yang suka bertanya tentang Islam padaku. Dia bagaikan berminat untuk memeluk agama suci itu. Kupanjatkan doa agar suatu hari nanti seseorang insan dapat membimbing Suki ke arah mengenali Allah S.W.T.

--------------------------------******************------------------------------------------------------------

            Lokasi tengahari ini, Sunpower Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. Hari ini aku mempunyai satu temuduga sebagai jurutera di kilang mewah tersebut. Dengan mengenakan kemeja lengan panjang berwarna hijau beserta seluar slack hitam, aku tampil penuh yakin hari ini.

          Tak ramai yang hadir. Dalam pengiraanku, lebih kurang empat orang sahaja termasuk aku yang hadir. Semua lelaki. Nampak genius muka mereka bertiga ni.

           '' Encik Muhammad Ramadan Afiq,sila masuk",seorang gadis mengarahkanku masuk. Hanya lafaz bismilllah bermain di mulutku. Optimis sahaja segala keputusan yang diputuskan.

          Di dalam bilik tersebut, aku disuruh memperkenalkan diri dan ditanya pelbagai soalan berkaitan isu semasa. Isu semasa memang makanan aku. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.

          "Insya-Allah, kami akan hubungan Encik Ramadan bila-bila masa sahaja kalau encik layak untuk jawatan ini",kata Encik Daud, pegawai yang menemubualku tadi sambil bersalaman dengannya.

         Lantas aku mengucapkan terima kasih dan bergerak keluar untuk pulang ke rumah. Tumpuanku kini kepada Darwin dan Lutfi. Lagi setengah jam waktu persekolahan mereka akan tamat.Terus aku menuju ke arah kereta Myvi bewarna hitam peninggalan abang Faisal yang kugunakan selama ini.

          Tanpa diundang, aku terlanggar seorang gadis. Dengan segera aku mengutip kembali barangannya yang jatuh dilanggar tadi.Banyak juga fail yang kujatuhkan tadi.

           "Maaf cik,saya tak sengaja. Saya nak cepat tadi",berderau darahku apabila memandang gadis yang kulanggar tadi. Ya betul, itu Suki. Makin comel aku tengok dia ni.

           "It's ok, eh Adan. U buat apa kat sini? Interview eh? Handsome semacam hari ni." kata Suki bersama seukir senyuman di bibirnya bersama sedikit reaksi terkejut.

           "Yup, U pun sama ke? I dengar U dah kerja. Tak silap I, Michelle yang beritahu I masa kitorang jumpa kat Giant hari tu," balasku.

           ''Yes I dah kerja. Di sinilah tempat kerja I. Actually ni syarikat papa I. No need to interview.Hehe. Wow, tak sangka dapat jumpa U Adan. Macam dah jodoh jer. I can help U  to get this job".Suki beriya-iya agar aku dapat bekerja di syarikat papanya.

           "By the way,congrates dapat kerja. I rasa tak payahlah U tolong sebab I nak kejujuran orang menilai. Kesian pulak kalau ada orang yang lagi layak dari kita tapi tak dapat job ni. Insya-Allah ada rezeki I, adalah kerja kat sini. Ok I have to go right now. My nephew nak balik dah ni, ok bye".
Pantas aku menamatkan perbualan. Aku bimbang anak buahku menunggu lama ketibaanku menjemput mereka.

           Suki hanya tersenyum melihat tingkah laku Ramadan. Dia menghormati dan mengagumi sikap Ramadan ini. Sebenarnya sudah lama dia meminati Ramadan atau bahasa moden hari ini,'Crush'. Dia mengharapkan Ramadan juga memiliki perasaan yang sama sepertinya.



No comments:

Post a Comment